Klik Tetikus Dan Lihat Angkasa Raya

Rakyat Malaysia kini boleh mengambil peluang untuk melihat apa angkasawan – Dr. Faiz Khaleed atau Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan lihat di angkasa lepas menjelang 10 Oktober 2007, melalui Google Sky hanya dengan jarak satu klik pada tetikus.

Google mengumumkan pelancaran Sky baru-baru ini sebagai satu ciri baru yang membolehkan pengguna Google Earth melihat langit seperti yang dilihat dari planet Bumi.

Google Sky merupakan alatan paling sesuai bagi kesemua rakyat Malaysia untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang penjelajahan angkasa lepas bagi buruj, astronomi, planet dan banyak lagi bahagian galaksi sejajar dengan Program Angkasawan Negara yang merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia.

Dengan Sky, pengguna boleh ‘terapung’ di langit melalui Google Earth. Alatan mudah guna ini membolehkan semua pengguna Earth melayari dan mengemudi melalui 100 juta bintang individu dan 200 juta galaksi.

Imejan dengan resolusi tinggi dan lapisan bermaklumat membentuk kawasan lapang yang unik bagi pembayangan dan pembelajaran berkenaan angkasa lepas.

Untuk akses ke Sky, pengguna hanya perlu klik Switch to Sky daripada view menu drop down dalam Google Earth, atau klik butang Sky pada toolbar Google Earth.

Antara muka dan pengemudian adalah sama dengan pengemudi standard Google Earth termasuk heretan, zum dan carian, My Places dan pemilihan lapisan.

Sebagai sebahagian daripada ciri baru, Google memperkenalkan tujuh lapisan bermaklumat yang menggambarkan pelbagai jasad cakerawala dan peristiwa:

* Buruj – Dari Cassiopeia ke Andromeda, lapisan Buruj menyambungkan titik-titik buruj melalui angkasa lepas, menandakan setiap satunya dengan nama. Pengguna boleh belajar mengenai bintang yang membentuk buruj kesukaan mereka.

* Astronomi Backyard – Lapisan Astronomi Backyard’ membenarkan pengguna klik menerusi pelbagai penanda dan maklumat berkenaan bintang, galaksi dan nebula yang boleh dilihat oleh mata kasar, teropong dan teleskop kecil. Lapisan ini berguna untuk ahli astronomi amatur yang mungkin mendapat faedah daripada cara komprehensif dan tersusun untuk rujukan serpihan langit malam.

* Imejan Teleskop Angkasa Hubble (HST) – Lapisan HST menyediakan pengguna dengan lebih 120 imej resolusi tinggi yang dibekalkan oleh HST, teleskop orbit Agensi Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) /Agensi Angkasa Lepas (ESA) yang terkenal.

* Bulan – Lapisan bulan memaparkan animasi bagi dua bulan untuk kedua-dua kedudukan qamari dan fasa bulan.

* Planet – Lapisan Planet memaparkan tujuh planet rasmi lain dan kedudukan mereka di langit bagi dua bulan ke hadapan.

* Panduan Pengguna ke Galaksi – Lapisan Panduan Pengguna ke Galaksi membolehkan pengguna membuat lawatan maya melalui pelbagai jenis galaksi berlainan, dari Ursa Minor Dwarf ke Milky Way.

* Kehidupan satu Bintang – Lapisan Kehidupan satu Bintang membawa pengguna ke satu lawatan melalui pelbagai peringkat berbeza bagi pusingan kehidupan satu bintang.

Sky direka oleh pasukan kejuruteraan Google Pittsburgh dengan mengaitkan bersama imejan daripada pelbagai pihak ketiga saintifik termasuk Space Telescope Science Institute (STScI), Sloan Digital Sky Survey (SDSS), Digital Sky Survey Consortium (DSSC), CalTech’s Palomar Observatory, United Kingdom Astronomy Technology Centre (UK ATC), dan Anglo-Australian Observatory (AAO).

Inisiatif ini dilahirkan oleh penyertaan University of Washingtan bersama Program Google Visiting Faculty, yang membolehkan peneraju penyelidik akademik melawat Google dengan hasil kerja mereka untuk tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Pengurus produk Google, Lon Rion berkata, pihaknya teruja dapat menyediakan pengguna dengan imejan astronomi dan kandungan yang dipertingkatkan yang membolehkan mereka mempelajari apa yang mereka lihat dan menceritakan sendiri pengalaman mereka.

“Dengan bekerja bersama pakar peneraju industri, kami telah dapat mengubah Google Earth menjadi teleskop maya,’’ katanya.

Pengumuman tersebut menyusul selepas kemasukan kumpulan lapisan NASA ke dalam Google Earth bulan lepas, memaparkan penjelajahan NASA Earth.

Kumpulan tersebut mempunyai tiga komponen, termasuk Astronaut Photography of Earth, Satellite Imagery, dan Earth City Lights.

Astronaut Photography of Earth memaparkan gambar Bumi seperti yang dilihat dari angkasa lepas dari awal tahun 1960-an, manakala Satellite Imagery menonjolkan imej Bumi yang dirakamkan oleh satelit NASA di sepanjang tahun dan Earth City Lights menjejaki bandar-bandar yang diterangi cahaya di sekitar glob.

Untuk mengakses ke Sky di Google Earth, pengguna mesti memuat turun versi terbaru Google Earth, yang boleh didapati di http://earth.google.com.

Ciri-ciri tersebut boleh didapati disemua domain Google Earth, dalam 13 bahasa. Untuk mempelajari lebih lanjut berkenaan Sky, layari demonstrasi di sini http://earth.google.com/skyskyedu atau lihat Sally Ride dan jurutera Google Greg Coombe memaparkan sebahagaian daripada keupayaan Sky di http://earth.google.com/sky.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Idesa